KERANA CEMBURU: Seorang Jururawat Maut ditangan suami
HASNAH ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Gajah, Arau. FOTO Aizat Sharif
Arau: “Makcik juga terkejut apabila suaminya menghantar anak-anak kepada makcik pada awal pagi dan pergi tanpa sebarang kata,” kata Hasnah Yahya, 63.
Hasnah merupakan pengasuh kepada dua anak kepada seorang jururawat, Munirah Abu Bakar, 31, yang maut ditikam suaminya menggunakan pisau di rumah mereka di Padang Nyu, di sini semalam.
Menurutnya, bapa kepada kanak-kanak itu yang masing-masing berusia enam dan lapan tahun hanya berada di dalam kereta malah tidak keluar menghantar anak-anak ke pintu rumahnya.
“Biasanya pada hari Sabtu, bapa (suspek) kanak-kanak itu akan menghantar anak ke rumah makcik sekitar jam 9 pagi, tetapi semalam sekitar jam 7 pagi anak sudah berada di rumah makcik.
“Saya pun tidak sempat bertanya kenapa kanak-kanak itu dihantar begitu awal dan saya tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk berlaku,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Gajah, di sini hari ini.
Hasnah berkata, dia sepatutnya bercuti semalam tetapi kerana sayangkan dua beradik itu, dia tetap menjaga mereka.
“Jadi dua beradik itu bermain seperti hari biasa sehingga jam 1 tengah hari semalam apabila ibu saudara menerima panggilan telefon daripada ibu polis bertanyakan di mana anak itu.
“Makcik mula curiga apabila pegawai itu menyuruhnya ke Balai Polis Arau dan polis datang ke rumah mengambil anak-anak untuk diserahkan kepada waris ibu mereka dan barulah makcik mendapat tahu ibu mereka, Mun ( Munirah), dibunuh dengan menikam bapa mereka,” katanya.
Hasnah berkata, apa yang menyedihkan ialah sehingga kini kanak-kanak itu masih tidak mengetahui apa yang berlaku.
Sementara itu, jenazah Munirah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Tengah, Beseri, Padang Besar selepas Asar apabila proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar selesai.
LIHAT JUGA:
"Mama tak balik kerja lagi ke" - Anak tidak tahu kematian Ibunya
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir

terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia