suami isteri berdepan hukuman mati - menyuntik dadah ke minuman
MELAKA: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas enam pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah dalam bentuk cecair yang disuntik ke dalam minuman dan jus kultur bulan lalu.
Tertuduh Lee Wui Khang, 34, dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, dari Taman Krubong Perdana di sini, mengangguk faham sebaik kesemua pertuduhan dibacakan dan dijelaskan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan mahkamah bagi pertuduhan mengedar dadah kerana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam, mereka didakwa mengedar cecair ketamin dengan anggaran berat (AB) 31,000 mililiter (ml), serbuk ketamin (AB: 229 gram), MDMA (AB: 229 gram), nimetazepam (AB) . : 144 gram), ketamin (AB: 96.69 gram) dan ketamin (25,100 ml).
Wui Khang berdepan pertuduhan berasingan mengedar dadah jenis ketamin dengan berat kasar 3,910 ml di tempat letak kereta hadapan Pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka Garden City, di daerah Melaka Tengah pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.10 malam.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Jalan Merdeka Garden City, di sini, pada 20 Januari lalu, kira-kira jam 8.25 malam.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum berdasarkan Seksyen 39B (2) akta sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Jika hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah ialah penjara seumur hidup, sekurang-kurangnya 15 sebatan akan dikenakan.
Sementara itu, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki 33.53 gram dadah jenis ganja di pangsapuri pada masa dan tarikh yang sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama, sabit kesalahan boleh dipenjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun dan rotan antara tiga hingga sembilan sebatan.
Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri, manakala pasangan itu masih belum diwakili peguam.
Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kesalahan itu tidak boleh diikat jamin sementara menunggu laporan kimia berat sebenar dadah.
Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia berhubung pengurusan dadah dan kes serius pada 15 Mac depan.
LIHAT JUGA:
Diluar jangkaan berlaku
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir

terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia