"Mama tak balik kerja lagi ke"- Anak-anak arwah tidak tahu apa yang menimpa ibu mereka
ALOR SETAR: “Anak-anak arwah kakak masih tidak tahu apa yang menimpa ibu mereka tetapi mungkin mereka akan tahu apabila jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan hari ini,” kata Melati Abu Bakar, 39.
Melati ialah adik kepada Munirah Abu Bakar, 31, seorang jururawat yang maut selepas ditikam suaminya di Jalan Padang Nyu, Arau, Perlis, semalam.
Katanya, dia yang kini menjaga anak mangsa berusia lapan dan enam tahun hanya akan memberitahu perkara sebenar apabila jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan hari ini.
“Anak sulung arwah pun tertanya-tanya, Mana mak, mak belum balik kerja?
“Mereka mungkin menyangka ibunya masih bekerja dan belum pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.
Melati berkata, dia dan bapanya, Abu Bakar Senapi, 64, ke HSB awal pagi tadi untuk mengenal pasti mayat sebelum bedah siasat.
Katanya, mereka sekeluarga masih terkejut dengan tragedi menimpa anak kelima daripada enam beradik itu namun reda dengan nasib itu.
“Kami sudah memaafkan suspek yang dianggap seperti keluarga kami sendiri, namun sukar untuk bercakap mengenai perasaan kami sekeluarga kerana ‘pedih’ tetapi kami sudah memaafkan suaminya.
“Kita cuma minta kalau ada keputusan (mahkamah) nanti biarlah dia (suspek) dibicarakan seadil-adilnya,” katanya.
Melati berkata, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu mangsa pada Ahad lalu ketika dia datang untuk makan tengah hari bersama keluarga.
“Arwah ketika itu tidak menunjukkan sebarang tanda dan kelihatan ceria seperti selalu.
“Arwah kakak seorang yang periang dan tidak pernah menceritakan masalah keluarganya kepada saya.
"Mereka sudah berkahwin hampir 10 tahun, jika bergaduh sedikit itu perkara biasa. Suaminya juga baik dengan kami sebab itu kami semua terkejut dengan apa yang menimpa Munirah," katanya.
Menurut Melati, mereka sekeluarga mengetahui tragedi itu sekitar jam 1 petang semalam.
Katanya, bapanya sudah mengetahui kejadian itu lebih awal dan sempat pergi ke rumah Munirah namun polis sudah berada di lokasi.
Katanya, jenazah akan dikebumikan di Kampung Paya Tengah Beseri, Perlis.
Media sebelum ini melaporkan seorang jururawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar meninggal dunia selepas ditikam suaminya, semalam.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki menikam isterinya hingga mati menggunakan pisau di kediaman pasangan itu di Jalan Padang Nyu, Arau semalam dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir

terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia