Penduduk setempat tahu punca kenapa ular sawa itu merangkak ke atas bukit di Elmina
CYBERJAYA: Baru-baru ini, video ular sawa gergasi yang dikatakan ditemui di sekitar kawasan perumahan Elmina, Shah Alam menggemparkan penduduk setempat dan netizen.
Seekor ular sawa gergasi menggegarkan penduduk kawasan perumahan Elmina, Shah Alam
Tangkapan skrin ular sawa yang ditemui di sekitar kawasan Elmina Green, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
MENARIK JUGA:
Soal Jawab Ugama (Cerai talak Kahwin Janda)
Ustaz Azhar Idrus ›
Akibat tak basuh cuci selepas kencing,
kena Azab yang sangat berat
Ustaz Azhar Idrus
Kuliah di Singapura ›
VIDEO viral memaparkan seekor ular sawa yang ditemui di sekitar kawasan Elmina Green, Shah Alam, Selangor menggemparkan penduduk setempat.
Rakaman lapan saat itu dimuat naik di laman Twitter @yayaazmi pada hari Sabtu.
Difahamkan, video berkenaan dikongsi salah seorang penduduk yang menyaksikan kejadian itu.
Menerusi video itu, ular yang dianggarkan sepanjang lima hingga enam meter itu dilihat merangkak naik ke atas bukit.
“Seekor ular sawa/anaconda ditemui berhampiran kawasan Elmina. Dirakam oleh salah seorang penduduk dan dikongsi dalam kumpulan masyarakat Denai Alam.
“Sungguh menakutkan betapa besarnya, bukan sahaja manusia, malah lembu (dan) kambing pun boleh menelannya,” katanya.
Berdasarkan maklumat orang ramai, difahamkan ular berkenaan masih belum ditemui dan keadaan itu pasti membimbangkan penduduk sekitar.
Mengulas ruangan komen, beberapa pengguna Twitter berkata, berkemungkinan besar pembangunan pesat di kawasan Elmina menyebabkan habitat haiwan itu terancam.
"Elmina ni kawasan sawit. Masa saya kecik-kecik dulu kawasan ni cuma pokok. Elmina dalam proses nak bina bahagian baru, jadi habitat ular sawa terancam. Saya harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin," kata AlipOhsem.
Tangkapan skrin perbualan di kumpulan WhatsApp penduduk berhampiran yang terkejut dengan penemuan ular sawa itu.
“Malangnya kawasan itu dulunya hutan, sekarang ramai yang naik ke rumah baharu. Saya harap kalau jumpa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) boleh ambil dan lepaskan di hutan yang betul,” kata intanttae.
"Ia dilihat di kawasan Setia Alam di Bukit Cerakah kerana itu adalah kawasan dan habitatnya. Tetapi malangnya ia menjadi sasaran sedikit demi sedikit, itu yang mahu dipindahkan," tulis poymeemaa. — Majoriti
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia