Tag / Tajuk
Suhaini Muhammad Pengasas dan pengikut ajaran sesat Si Hulk sebenarnya Penakut
si hulk, ajaran sesat, sihulk, minuman si hulk, si hulk, ajaran si hulk, sihulk sesat, pengasas sihulk, air sihulk ajaran sesat, sihulk penipu, suhaini sihulk, pengasas air sihulk, pengasas sihulk, pengasas sihulk, ketua ajaran sesat, ketua kumpulan ajaran sesat, ajaran sesat sihulk,
MP3 LAGU XPDC || Free Mp3 Download
JOHOR BAHRU: Umat Islam di Malaysia dinasihatkan menjauhi media sosial dan tidak mengikuti video ajaran sesat, Si Hulk (SESAT) yang dipercayai dirakam dan dimuat naik ke media sosial dari luar negara oleh pengikutnya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid menjelaskan Fatwa Johor yang diwartakan pada 22 Julai 2021 telah menetapkan Si Hulk (SESAT) yang sangat menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam.
Katanya, ajaran sesat itu diasaskan Suhaini Muhammad yang dipercayai berada di New Zealand membuat pelbagai dakwaan menyeleweng antaranya Allah adalah Nabi Muhammad.
Bagaimanapun, katanya, pengikut Si Hulk (SESAT) dipercayai merakam dan memuat naik video ajaran sesat itu ke media sosial dari luar negara, sekali gus menyukarkan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) untuk menangkap dan seterusnya menguatkuasakannya.
Bagaimanapun, Mohd Fared menegaskan sekiranya mereka pulang ke Johor, tangkapan boleh dibuat mengikut undang-undang sedia ada.
“Antara penyelewengan ajaran sesat ialah mendakwa Nabi Muhammad itu tuhan, Nabi Muhammad tiada jantina, mentafsir hadis dengan mengatakan Nabi Muhammad tidak mempunyai kemaluan dan sebagainya.
“Pengasas dan pengikut ajaran sesat Si Hulk (SESAT) sebenarnya pengecut, mereka hanya berani membuat kenyataan sebegitu selepas tidak berada di negara ini.
"Hasil siasatan mendapati video itu dimuat naik dari New Zealand. Apabila berada di luar negara, ia di luar bidang kuasa Johor, jadi tindakan undang-undang tidak boleh diambil. Itu kesukaran yang perlu difahami," katanya pada satu akhbar persidangan di pejabatnya di Kompleks Pusat Islam Iskandar, di sini, hari ini.
Pun begitu, Mohd Fared berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan penguatkuasaan dalam usaha membendung ajaran sesat itu.
Katanya, antara langkah awal yang boleh diambil ialah menyebarkan video tersebut oleh golongan berkenaan.
"Saya minta orang ramai tidak mengikuti video dan rakaman ajaran sesat ini. Jika anda melihat rakaman pelik dan mencurigakan, anda boleh maklumkan kepada JAINJ. Saya perhatikan setiap 'gambar profil' di laman sosial pelaku video tersebut ada ayat ' sedia membantu' beserta dua lambang hati.Sila jauhi laman sosial seperti ini demi menjaga akidah.
"Ajaran itu jelas terpesong, sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang diamalkan di Johor. Apabila ajaran itu pelik dan tidak logik, lebih baik dijauhkan," katanya.
Malah, katanya, masyarakat juga diminta tidak menyokong perniagaan dan aktiviti sosial ajaran sesat Si Hulk (SESAT) , bagi melumpuhkan ajaran sesat itu.
“Status terkini kilang air Si Hulk (SESAT) di Johor, Selangor dan Indonesia telah ditutup. Difahamkan penutupan itu berlaku selepas sijil halal mereka ditarik balik kerana tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan, pada 3 Jun 2021.
“Justeru, sekiranya produk terbabit masih berada di pasaran, pemilik premis diminta menghentikan penjualannya kerana menyokong ajaran sesat,” katanya.
Semalam, dua video di Facebook menunjukkan lima sekeluarga termasuk ibu dan bapa mengaku ajaran sesat, selain dua individu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita yang mendakwa Allah adalah Nabi Muhammad.
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2023/07/1129045/pengasas-pengikut-ajaran-sesat-sihulk-sebenarnya-pengecut-mohd-fared.
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia