Tag / Tajuk
Kecuaian pihak hospital punca kematian anak - Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR
Dea Maisarah Bada
Popular Melayu || Free Mp3 Download
"Sewaktu saya menunggu di luar, masa tu saya hampir pengsan. Saya tak boleh tahan. Saya cuba duduk (tenangkan diri),"
KEMATIAN kanak-kanak bernama Dea Maisarah Bada ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Ahad lalu, terus mendapat perhatian ramai.
Terbaru, bapa kepada arwah anak berusia 10 tahun yang dikenali sebagai Bada Hussin kelihatan menjelaskan kronologi kejadian pada hari kejadian.
Dalam rakaman video di TikTok @daddy_syifaaa, Bada mengakui pada mulanya dia menerima panggilan daripada isterinya mengenai kesihatan Dea yang semakin merosot.
“Sebenarnya ia berlaku pada 9 Julai lalu, sekitar jam 9 malam isteri saya menelefon.
"Bang..., balik cepat ke rumah bang, balik cepat bang. (pada ketika itu saya berada di dalam pasar raya) Balik cepat, adik Maisarah ni dia macam tak berapa elok sikitlah, dia ada masalah nafas sikit, macam semput sikit, abang balik segera ya,"
Imbas encik Bada tentang percakapan telefon dengan isterinya.
"sampai saja saya di rumah, tanpa berlengah saya terus memandikan Dea Maisarah untuk dibawa ke hospital mendapatkan rawatan."
Setelah tiba di HTAR, Bada terus membuat pembayaran di kaunter lalu menunggu anaknya untuk dirawat sekitar 40 hingga 45 minit sebelum dibawa ke zon kanak-kanak.
"Sampai di zon kanak-kanak, saya menunggu lagi dalam 20 minit macam tu, lama lah juga tunggu."
"Sampai sahaja giliran anak saya Dea Maisarah, mula-mula mereka periksa degupan jantung, mereka melihat apakah tahap oksigen dalam darahnya."
"Pada ketika itu mereka mula kelam kabut sebab tahap keadaan oksigen dalam darah anak saya tidak cukup. Saya lihat tahap oksigen dia menurun ke 90, 80, 70 macam tu," jelasnya.
Kata encik Bada, melihat tahap kesihatan Dea Maisarah yang didakwa semakin merosot, para petugas pihak hospital dilihat mula kelam kabut.
Kemudian, pihak hospital terus meletakkan anaknya di atas katil bagi memberikan rawatan susulan apabila melihat tahap oksigennya menurun.
"Masa itu mereka ada juga berikan alat bantuan pernafasan, selepas itu mereka cuba ambil darah. Anak saya ni fobia sikit dengan jarum. Maklumlah masa kecil dulu selalu kena cucuk sebab penyakit kuning.
"Akibatnya dia meronta-ronta. Dia pun diikat. Sudahlah diikat, dia diserkap lagi, dipegang lagi semata-mata untuk mendapatkan darah. Anak saya meronta-ronta dan meminta tolong daripada saya, "ayah tolong lepaskan saya".
"Sehinggakan ada seorang doktor menyampuk: "kalau kamu bekerjasama kami tak akan buat macam tu". Patut ke seorang doktor boleh cakap macam tu? dalam keadaan anak saya diikat," ujarnya.
Setelah beberapa kali dipaksa petugas hospital untuk mengambil darah, Bada mendakwa degupan jantung anaknya telah terhenti.
Kemudiannya dia pun diarahkan keluar daripada bilik rawatan, namun Bada, ayah mangsa berkeras untuk masuk semula.
"Naluri seorang ayah tu tak boleh membiarkan itu semua, saya masuk semula (ke bilik rawatan) sebab saya tahu segalanya.
"Saya tengok monitor, anak saya memang dah tak ada (meninggal dunia). Tapi mereka berpura-pura bekerja (menyelamatkan anaknya). Sebenarnya anak saya dah lama meninggal.
"Sewaktu saya menunggu di luar, masa tu saya hampir pengsan. Saya tak boleh tahan. Saya cuba duduk (tenangkan diri)," ujarnya lagi.
Dalam pada itu Bada turut mendakwa pihak hospital itu bertindak membuat laporan palsu mengatakan bahawa anaknya sudah meninggal dunia sewaktu dibawa ke hospital atau Brought In Dead (BID).
Sementara itu HTAR dalam kenyataan berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung kematian kanak-kanak itu.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi, berkata ketika mendapatkan rawatan kanak-kanak itu dalam keadaan lemah dan telah diberikan rawatan sewajarnya oleh Pakar Perubatan Kecemasan, namun tidak dapat diselamatkan.
Punca kematian Dea Maisarah anaknya itu, kini masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR, kata beliau.
tag:
pemalsuan bukti, pemalsuan dokumen, pemalsuan kematian, hospital palsukan punca kematian, dea maisarah, dea maisarah kes, dea maisarah forum, dea maisarah forum cari, dea maisarah mati, HTAR, kematian kanak-kanak, bapa Dhea, Dhea Maisarah, viral TikTok, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia