Yang sorok beras kamu kena dihadapkan ke mahkamah - Anwar Ibrahim
BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang mengambil kesempatan menyembunyikan stok beras putih (BPT) tempatan.
Tegasnya, kerajaan akan membawa pihak berkenaan ke mahkamah sekiranya didapati melakukan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.
Beliau mengakui ada pihak yang sanggup bertindak demikian dalam keadaan kekurangan bahan mentah di pasaran negara, demi mengaut keuntungan.
”Kemudian ada juga kalangan yang salah guna, sorok, simpan, saya beritahu kepada saudara Mat Sabu, arahan yang jelas kepada badan penguat kuasa. Kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah mencari beras, kamu sorok… kamu jaga.
“Kami akan cari kamu dan sama ada bawa kamu ke mahkamah… tengah orang susah, masa itu kamu nak cari untung,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Mohamad yang juga Presiden AMANAH.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu beras tetapi ia akan mengambil sedikit masa.
"Kita cuba tapi bolehkah selesai 100 peratus? Tidak, beras adalah isu, masalah serius... jadi saya kata beri masa seminggu untuk kita lihat bagaimana keadaannya. Kalau tidak selesai, kita akan bincang lagi sebelum ini. pembentangan Bajet 2024 pada 13 Oktober,” katanya.
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia