Kenapa harga minyak masih belum Turun Apa jawapan Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik video menjelaskan mengapa janjinya untuk menurunkan harga minyak, seperti dinyatakan 15 tahun lalu, masih belum dilaksanakan.
Menerusi catatan di akaun media sosialnya, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengakui menyedari ramai yang menggunakan petikan ucapannya berkaitan janji menurunkan harga minyak sebelum ini dan menuntut ia ditunaikan sekarang.
"Macam minyak sekarang, saya dihina di mana-mana, 'hari ini kita menang, esok minyak turun'. Dengar jawapan saya," katanya dalam rakaman video ucapannya di majlis Ramah Mesra MADANI.
Jelasnya, ketika janji itu dibuat 15 tahun lalu, harga minyak Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, hanya 50 sen seliter berbanding Malaysia RM1.60 hingga RM1.80 seliter.
"Kenapa harga minyak masih tidak turun buat masa ini? Ini jawapan saya. Bila saya sebut begitu, pada 2008 ketika harga minyak Arab Saudi hanya 50 sen seliter berbanding kita, harganya RM1.80 sen. RM1 60 sen seliter.
“Bagaimana dengan Arab Saudi dapat 50 sen dan kita sangat tinggi, kita kena turun. Kenapa sekarang 2023 (tak boleh turun) sebab sekarang harga minyak Arab Saudi lebih tinggi daripada Malaysia.
"Bagaimana lagi kita hendak kurangkan? Kita sudah beri subsidi, subsidi tinggi sudah, subsidi RM30 hingga 40 bilion," kata Perdana Menteri.
Perdana Menteri menjelaskan Arab Saudi dijadikan perbandingan kerana negara itu merupakan pengeluar minyak yang mengeluarkan bahan api berkali-kali ganda berbanding Malaysia.
Awal bulan lalu di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter berikutan perkembangan membabitkan kadar semasa minyak mentah dunia.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, harga semasa petrol di Malaysia masih rendah iaitu RM2.05 seliter berbanding Arab Saudi yang menetapkannya pada RM2.84 seliter.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan adalah tidak wajar sekiranya cadangan yang dikemukakannya pada 2008 terus dimanipulasi tanpa mengambil kira perkembangan semasa.
LIHAT JUGA:
"Mama tak balik kerja lagi ke" - Anak tidak tahu kematian Ibunya
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia