PERHATIAN: Penularan penyakit X boleh disebabkan oleh pelbagai sumber termasuk haiwan
PUTRAJAYA: Penularan penyakit X boleh datang daripada pelbagai sumber termasuk zoonotik iaitu jangkitan daripada haiwan kepada manusia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Sebagai penjelasan mengenai penyakit X yang menjadi tumpuan ramai pihak kini, beliau berkata walaupun ciri-ciri penyakit X masih belum dikenal pasti dan masa berlakunya penyakit itu belum diketahui, pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan mengenai kesannya.
Katanya, kadar penularan penyakit X akan meningkat seiring dengan peningkatan hubungan antara manusia dan haiwan ditambah pula dengan pergerakan manusia yang lebih mudah di seluruh negara kini.
“Berbanding COVID-19 yang kurang menyebabkan kematian, penyakit X dijangka mudah merebak seperti campak dan mungkin boleh mengancam nyawa seperti Ebola,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penyakit X ialah nama yang dicipta oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2018 untuk patogen yang tidak diketahui, yang berpotensi menyebabkan wabak di seluruh dunia.
Dr Muhammad Radzi berkata sebagai persediaan menangani penyakit X, pelan pandemik yang komprehensif, perluasan kempen vaksinasi dan penyediaan peruntukan khas untuk wabak adalah penting seperti yang disyorkan oleh WHO.
“Pendekatan ‘One Health’ yang menekankan hubungan antara manusia, haiwan dan kesihatan alam sekitar merupakan komponen penting untuk mengukuhkan kerjasama antara pelbagai disiplin,” katanya yang turut menekankan penjagaan kesihatan individu termasuk gaya hidup sihat sebagai pengukuhan kesediaan terhadap penyakit X.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa bersedia dan berwaspada terhadap kemungkinan kemunculan penyakit X berdasarkan pengalaman lepas dalam menangani penyakit seperti COVID-19, virus Nipah, SARS, dan MERS-CoV semasa sistem kesihatan negara. juga sentiasa diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi sebarang ancaman kesihatan, katanya.
"Walaupun kemungkinan penyakit X perlu diberi perhatian, kebimbangan berlebihan perlu dielakkan. Orang ramai sentiasa dinasihatkan supaya mematuhi garis panduan kesihatan, mengamalkan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini perkembangan penyakit ini," katanya. – BERNAMA
sumber: berita harian
LIHAT JUGA:
"Mama tak balik kerja lagi ke" - Anak tidak tahu kematian Ibunya
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir
SUDUT AUDIO UGAMA
▶️
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia