PAS AKAN MEMERINTAH MALAYSIA
SHAH ALAM - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Mokhtar Senik mendakwa Pas diramal akan memerintah Malaysia tidak lama lagi.
Menurut laporan portal Malaysiakini, Mokhtar berkata beliau yakin perkara itu akan berlaku berdasarkan perkembangan politik semasa di Malaysia.
Beliau turut menyindir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin yang pandangannya tidak pernah berlaku dalam sejarah pembangkang membawa usul percaya kepada perdana menteri.
“Peguam yang dua kali gagal itu berkata, tidak pernah dalam sejarah Malaysia pembangkang membawa usul percaya kepada ketua kerajaan.
“Betul, ia tidak pernah berlaku. Sejak kebelakangan ini memang begitu, banyak perkara yang tidak pernah berlaku tetapi berlaku sejak PH memerintah.
“Tetapi saya nak beritahu ada satu lagi perkara yang belum pernah berlaku sebelum ini akan berlaku sedikit masa lagi iaitu PAS memerintah Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebooknya petang ini.
PAS baru-baru ini membayangkan mahu menjalin kerjasama dengan beberapa parti komponen PH dan dilihat membuka pintu kepada kewujudan wakil parti itu dalam kerajaan.
Berdasarkan bayangan itu, kerjasama akan terjalin melalui gabungan PAS dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan UMNO dan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak cenderung kepada presiden parti itu sendiri yang juga Ahli. daripada Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia