Iqbal meluah perasaannya terhadap Inspektor Sheila untuk menjadi Isterinya ›
"Saya suka perempuan garang... lagi garang, lagi saya suka. Tapi saya juga percaya dia seorang yang manja,"
Kebelakangan ini heboh diperkatakan mengenai Inspektor Sheila yang tular di media sosial berikutan video yang menunjukkan dia menghina anggota polis dan mengugut wanita warga emas.
Namun baru-baru ini tular di media sosial berhubung dengan pegawai polis wanita dikenali sebagai Inspektor Sheila itu yang ingin mencari calon suami.
Inspektor Sheila sedang mencari calon suami Anggota polis yang menjadi viral berikutan beberapa video tular sebelum ini berkata, dia mencari calon suami yang masih bujang memandangkan ramai yang menjadikan statusnya sebagai perbualan di media sosial.
Dah lama sunyi Susulan itu, usahawan kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli telah ‘menyahut cabaran’ dengan berminat melamar pegawai polis berkenaan.
Menerusi komen yang diperoleh daripada laporan Mstar, Iqbal menyatakan dia ingin mendekati Inspektor Sheila kerana dapat menghilangkan rasa sunyi.
“Ya, saya keseorangan sekarang. Tiada kekasih untuk dibawa keluar. Jadi tidak salah mencuba nasib untuk mencari pasangan hidup.
“Sejak namanya menjadi viral, saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya mula meminatinya. Ramai yang bercakap buruk tentangnya, membuatkan saya sedih.
"Saya suka perempuan garang... lagi garang, lagi saya suka. Tapi saya juga percaya dia seorang yang manja," katanya.
LIHAT JUGA:
Download Lagu XPDC
Belajar Coding Lagu
Paling Senang
Ceramah Viral Habib Alwi Assegaf
DJ REMIX NON STOP🛑
Memang perlukan perempuan yang garang sebab nakal Bukan itu sahaja, bekas teman lelaki Dato’ Seri Vida turut memaklumkan dia amat memerlukan wanita garang kerana mempunyai sikap nakal yang sedikit.
“Saya perlukan orang yang garang macam dia supaya boleh marah kalau saya nakal. "Saya mahukan wanita yang sentiasa berbisik di telinga saya. Alangkah seronoknya menjadi kawan Sheila dan dia membancuh kopi setiap pagi," katanya.
Minat wanita yang sederhana Iqbal turut menyertakan ciri-ciri wanita idamannya yang bersederhana, memahami kerjayanya sebagai usahawan dan juga menyayangi anak angkatnya, Ziyad
.
“Bila bercakap tentang ciri-ciri ideal, saya mahukan gadis yang sederhana, kalau boleh saya mahukan gadis kampung, tetapi saya takut saya tidak terbuka dengan dunia perniagaan sekarang. “Apa yang paling penting ialah wanita itu mesti menyayangi saya dan anak-anak ,” jelasnya.
Terdahulu, posting yang dibuat oleh Inspektor Sheila itu telah menarik perhatian sehingga ramai yang mahu menjadi temannya.
Pegawai polis itu menjadi viral selepas video dia memarahi orang bawahannya dan orang ramai tular di media sosial.
Bagaimanapun, Inspektor Sheila mengaku tidak bersalah atas beberapa pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di mahkamah tempoh hari.
TAG: inspector sheila inspector sheila case inspector sheila sharon inspector sheila video inspector sheila viral video inspector sheila viral inspector sheila age inspector sheila arrested iqbal mahu jadikan Inspektor Sheila sebagai isteri, Inspektor Sheila , Suka Wanita Garang, Iqbal Zulkefli Nak Lamar Inspektor Sheila, Iqbal Terlalu Sunyi , Nak Cuba Nasib Dengan Inspektor Sheila, iqbal dia juga mahukan seorang wanita yang boleh memahami,
PENAFIAN ( DISCLAIMER ) : Pelbagai bentuk imej, gambar, artikel, video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA / COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber tersebut .
Berita Malaysia Politik Ugama Jenayah
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia