ISRAEL MAHU SEMUA RAKYAT PALESTIN MATI KELAPARAN - KONFLIK ISRAEL-PALESTIN
NEW YORK: Duta Khas Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, mengutuk sekerasnya tindakan Israel menyekat sumber makanan, elektrik dan air ke Gaza sehingga rakyatnya mati kelaparan.
Katanya, pertempuran setakat ini telah mengorbankan ribuan nyawa dan tindakan mengenakan sekatan sepenuhnya terhadap Palestin yang dikuasai puak Hamas adalah seperti melakukan ‘genosid’.
Pejuang Hamas melancarkan serangan paling maut dalam sejarah Israel Sabtu lalu apabila mereka melakukan serangan bersenjata di Gaza dan mengambil berpuluh-puluh tebusan.
Susulan dengan itu, Israel bertindak balas dengan serangan udara ke Gaza yang memusnahkan seluruh daerah ketika mereka bersedia untuk kemungkinan serangan darat.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant turut mendapat kritikan antarabangsa dengan pengumuman semalam mengenai 'sekatan total' untuk menyekat bekalan makanan dan bahan bakar ke Gaza, yang menempatkan kira-kira seramai 2.3 juta orang.
Gallant mendakwa Israel sedang melancarkan "perang dengan orang 'kejam'.
"Pemusnahan manusia dan percubaan untuk mengebom orang supaya tunduk, menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan dan menghapuskan kewujudan negara mereka tidak kurang daripada tindakan pembunuhan beramai-ramai.
"tindakan ini adalah jenayah perang," tulis Riyad dalam surat kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC), seperti yang dilihat oleh Reuters.
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan semalam berkata melalui pemahamannya bahawa konsep pengepungan bukanlah sesuatu yang sebenarnya akan diteruskan oleh Israel.
Beliau berkata Washington juga bercakap dengan Israel 'tentang tindakan mereka dalam hal itu'.
Sullivan berkata Presiden AS Joe Biden dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semalam telah membincangkan 'perbezaan antara berkuat kuasa penuh menentang Hamas dan cara membezakannya daripada orang awam yang tidak bersalah'.
Duta Israel PBB, Gilad Erdan, pada hari Ahad menuduh Hamas melakukan jenayah perang dan berkata sudah tiba masanya untuk 'memusnahkan infrastruktur pengganas Hamas' ketika 15 anggota UNSC bertemu secara tertutup mengenai konflik itu.
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres semalam juga berkata bahawa beliau 'sangat tertekan' dengan pengumuman Israel mengenai pengepungan sepenuhnya ke atas Gaza.
"Keadaan kemanusiaan di Gaza sangat teruk sebelum permusuhan ini, dan kini ia hanya akan menjadi lebih buruk," kata Guterres. - Reuters
tag
berita terkini,israel,palestina,israel vs palestina,israel palestina,palestine,hamas serang israel,palestina israel,palestina vs israel,korban perang israel palestina,konflik israel vs palestina,serangan palestina ke israel,israel hamas,palestin,berita terkini awani,israeli,palestina serang israel dengan roket,hamas palestina sandera warga israel,serangan israel,militan palestina balas dendam ke israel,perang israel,israel serang jalur gaza, gaza,israel gaza,israel,menyekat,bekalan,senjata israel,kerajaan israel,israel air strike,gaza city,serangan udara israel,senjata israel terbaru,israel war,israel news,air strike gaza,gaza strike,gaza air strike,sikap berat sebelahnextkuliah.blogspot.com
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia