TIGA INDIVIDU DITAHAN BERKAITAN KES "DERHAKA IBU"
https:/
PORT DICKSON: Tiga lelaki berusia antara 17 hingga 29 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes tular video bertajuk “Derhaka Ibu” bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua mereka ditahan selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada jam 6.30 petang semalam.
Menurutnya, hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala kesemua ujian saringan awal air kencing juga didapati negatif.
“Mereka juga direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 9 Oktober ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelas Aidi Sham lagi, polis sedang dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan untuk arahan lanjut.
Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu yang disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, media melaporkan polis mengesan video tular yang dimuat naik pemilik akaun Facebook berkaitan seorang lelaki melakukan keganasan terhadap warga emas yang juga dipercayai ibunya.
Rakaman video itu dibuat susulan kejadian yang berlaku pada 28 September lalu kira-kira jam 9.28 malam membabitkan perselisihan faham antara adik-beradik warga emas di Taman Pertama Port Dickson.-UTUSAN.
LIHAT JUGA:
ZIKIR PENDEK DUA JUTA PAHALA !!
Penerangan *
**URGENT BUYER SILA BERSABAR SEBAB MASA UNTUK SETTLE POSTAGE 1-4 HARI IKUT TURN ORDER**
PENTING -
Sebelum guna bahan rawatan dari PRAI ini,adalah dinasihatkan join live Ust Shafiq di
FB - Pusat Rawatan Al Idrus
!!!SILA RUJUK YOUTUB3 PRAI UNTUK CARA GUNA DAN DETAILS BAHAN RAWATAN!!!
MINYAK KASTURI SYIFA
✔️100% ORIGINAL PRODUK PRAI
Gabungan Khas Dari Beberapa Bahan Yang Terpilih
+ Kasturi Kijang Asli
+ Badar Besi Tabasher
+ Kayu Kemuning Hitam Di Geruni J1n Kafir
terima kasih sudah berkunjung ke laman Berita Malaysia